VAD

Antara VAD dan sesuatu...

November 16, 2005

BALASUNGKAWA : RAW pays tribute to Eddie Guerrero

Eddie Guerrero 1967-2005



Masa bulan Ramadhan aku tak nengok RAW. Nak nunggu ulangan lambat sangat. Time raya pun tak sempat, tapi kengkadang aku recap je la kat internet tru WWE.com. Hari Selasa, pukul 10 cam biasa alih ke C80. Ni hape lak semacam je siaran dia nih.

Belum pernah terjadi dalam sejarah WWE, semua superstars berkumpul tepi stage. Uik, apsal? Rupanya Eddie Guerrero baru meninggal dunia semalam kerana serangan jantung. So, kiranya RAW malam ni Tribute khas la untuk mamat ni.

Buat pengetahuan korang yg dok sesebok kata wrestling ni tipu je la, jadahnya kena pukul leh belasah balik 4 org, meh ni aku nak habaq mai. Sports entertainment cam RAW ni sama cam korang nengok citer2 cam CSI, Desperate Housewife & lelain soap opera pun. Rancangan dia berterusan setiap minggu sepanjang tahun dengan plot2 yang tersendiri. Dalam cerita biasa la ada persengketaan, pengkhianatan, clique, rival, betrayal... memacam la. Cuma yang bezanya derang berlakon bebetul dgn darah sendiri, tenaga sendiri & injury sendiri. Tapi biasa la, plastik nampak cam besi, kena sket meraungnya lebih, pastu muka berdarah pun sendrey bikin *er.. tumbuk mata sendrey sampai lebam lum pernah jadik kat WWE yach*

Sapa plak Eddie Guerrero nih? Beliau adalah supertar WWE yang sedang ektip dan dapat disaksikan dalam rancangan Smackdown di TV3... hari tak ingat. Brand RAW kat Astro & Smackdown kat tv3 own by same company, WWE. Kira mamat ni still at his prime la. Tu pasal la ada ala2 tribute on the spot. Dia b4 this memang la ada masalah ketagihan dadah & alkohol sampai pernah la kena direhatkan dan direhab pasal masalah tu. Tapi dia berjaya control & wrestle balik sampai la dapat menang title WWE Champ lawan Brock Lesnar masa Now Way Out 2004. Dia mati disebabkan masalah komplikasi jantung yang menyerang akibat beban kerja yang berlebihan disamping kesan tabiat lamanya ittew.

Aku kenal dia ni dah lama. Muhahaha.. cam member2 je lak. Eddie dikenali sebagai wrestler yang sempoi dan selamba. Tapi tu tak bermakna sempoii yg selamba boleh bewrestling har har har. *peace poii, bila mau pigi angkel cilis?* Masa tu dia join WWE dari WCW sesama geng Radicals dia ke apa tah sekali dgn Chris Benoit, Dean Malenko & Pete Saturn. Then dia pernah jadi Intercontinental Champ & Tag Team Champ sama anak buah dia Chavo. Tapi karier dia memuncak la lepas dia menang WWE Champ pastu rival dia paling lama dgn John Bradshaw Langsley. Masa ni la line poplar dia keluar ‘Cheat, Lies & Steal’. B4 tu org cuma tau dia Latino Heat jek. B4 dia meninggal, dia memang tengah kamceng dgn Batista.

Korang pernah tengok atlet maskul2 merembes cam Triple H nangis? Big Show yg 7feet tall 500 paun tu pun jadik cengeng gak. Sedih, sedih arr but the show must go on. Masa ni la korang tengok apa yg tak pernah tengok dalam apape rancangan wrestling sebelum ni. Dema jadik diri dema sendiri, bukan karektor. Masa interview sesorang cam Triple H, HBK Shawn Michael, Chavo, Rey Mysterio, Batista & Benoit yg saban minggu bergasak pastu pernah la jadik rival on screen semuanya tak dapat tahan perasaan & memasing nangis kaw2 bila teringat kat Eddie Guerero. Even Steph Mac-Hamsley pun nampak lawa dgn mekap nipis dia heheheh.

Sesambil tu gak inter-match between RAW & Smackdown superstars ada sekali. Payah oo selain PPV nak nengok bebenda ni semua. Even masa match mata merah sesekor tapi respect la.. the show must go on & memasing fight dgn sesungguh hati sesambil ada gak yg buat antics & signature move Eddie Guerrero. Sim bek Rob Van Dam takde.. idak leh nampak finishing move Four Star Frogsplash Eddie. Aku pun dapat rasa la gak kesedihan derang disamping teruja gak la nengok camne derang buat tribute pada member sendiri yg meninggal waktu masih ektip lagi. Rasanya lum kebumi lagi la kut mayat dia.

Buat Eddie Guerrero yg sekarang ni kena join share ring yg sama dgn legend2 lain such as ‘Mr. Wonderful’ Paul Ondorf, Mr. Perfect, Animal Road Warrior, Harley Race & lelain...
"peace brother. Viva La Rasa homes!"

Oh ehek, masa aku tengah menaip ni pun kat c@15 pun tengah sebok cerita pasal Eddie Guererro.. hilang la kejap citer Mawi huhuhu.

November 08, 2005

Lama Tak Menulis Bang?




Ye... ye.. aku tau, aku dah lama tak menulis kat blog ni. Banyak sebab la gak, aku bz buat kerja *ehem*, connection kat bukit angkasa ni yang kengkadang hampeh pastu siap ada filter bagai. Urusan keluarga lagi, memacam la... tapi yang paling nyato la kan, aku MALAS. Muahahahihi.. penyakit azali ni memang la cukup payah nak ubah selagi dah namanya manusia dan melayu.

Apa mau cerita? Kereta Alhamdulillah dalam proses bank tuk buyer. Nora pun tengah sarat tunggu masa nak due, jangka middle December. Rumah pun makin panjang rumput kat belakang. Posa sudah, hari raya pun sudah. Paisey.. sudah ek? Kepada sahabat² dan musuh² serta jiran² setaman yang hantar kad raya, sms raya, mms raya, email raya mintak mahap la bebanyak pasal aku rasa *aku rasa laaa* ada ke yang aku balas? Hayyokk *lari nyorok bakang langsir*. Aku ingat semua orang cerita pasal Mawi je, sahih takde sapa yang teringat hehehe. Jiwa agak tak tenteram dan kelam kabut. Nanti-nanti Insyaallah.. first puasa tahun depan *kalau panjang umur murah rezeki la kan* aku balas cecepat. Mahap lagi sekali aaaaaa.

Dah tu apsal lak sesebok no nak nulis balik? Er.. pasal aku bosan kut. Lepas² raya nih semua orang cuti lagik tapi aku dah start keje dah. Sempoii yang duk dak gitu² boss lambat sign form cuti pun tengah menambah kalori lagi tu *disamping menambahkan cam biasa tudung merah dan barang kemas*. Aaaa, lagi satu maybe tengah dalam mood gumbira. Aku rasa pas² ni nak citer kisah gumbira je la, tak pun gumbira yang disulami riak serta eksen. Citer sedey² duk menung sorang² tepi tembok sambil ngisap rokok dah la ye dak.

Selain dari rasa gumbira *kalau rasa gumbira kata horee.. horeee!!* pasal kereta dah ada buyer merangkap kepada penyelesaian hutang² yang terkumpul dan penyiapan kicen kebinet *makinche, ‘ere ai kammm*, juga rasa gumbira sebab Aidilfitri selamat sejahtera tanpa ada kemalangan, nangis² pagi raya, short bajet raya, menung lepas raya dan sms sedey kepada kengkawan mintak SOS *wink wink*.

Tapi antara yang syioknya b4 ari raya ari tu pasal dapat camera Canon Powershot A520 retail price RM 1290 free² buta. *diulangi* Free-free buta. Camne lak leh dapat? Haa.. ni yang nak story mori nih.

Camera A300 yang sedia ada aku tu tetiba tak de display masa nak shoot gambo. Time display gambar sedia ada leh plak. Buntu dah fikiran nih. Tanya sahabat seCanon SM, dia cakap dia pernah kena.. tu masalah bateri dah kaput je tu. *srett srettt* la beli bateri 2300 + charger GP. Lepas charge berkobar-kobar lak nak test.. humang, samooo yo. Esoknya tanya lak pakar fotographer cik Lan Mika, dia cakap maybe pasal ccd. Gapo lak ccd? Ccd tu something cam sensor dalam lcd camera la. Dah tu kalau rosak, memang barai la 2-3 ratus ketul. Aiseyy, raya dah dekat nih. Tak gerek la balik kg takde camera.

Lan Mika advise call Canon Malaysia. Call la cakap dgn operator nama *tutt* (nama dirahsiekan atas sebab² keselamatan tuan yg empunya badan dari kena pecat dek Canon hohoho). Lepas cakap apa jenis camera & masalah, lajuuuuu je dia cakap ni memang masalah Canon, bla bla benda dah lama, bla bla leh bawak gi HQ & dapat replacement kemre baru. Camre baru? Aik, mudah beno.

Desup la tetengah hari Jemaat yang mulia tu gi hq Canon. Tersedak la gak Customer Support tu bila aku citer cenggini cenggitu. Haukam mah ittew operator cakap ada replacement? Derang paksa suh cakap sapa bagitau tapi mana bleh maa. That’s your product fault, don’t blame people on information. Pastu manager dia amek A300 aku tu masuk dalam, 30 minit pastu dia bawak kotak camera baru A520 without charge. Yeebaaaa! Ailapyew Canon. Cemerlang Terbilang Gemilang sungguh derang buat kerja.

So, sesapa yang rasa camera Canon dia ada masalah dgn ccd @ lcd, korang leh la call Canon Malaysia. Kena cepat kut, lelama semua camera² bodoh Canon korang nak tukar gak harus derang tanak ganti. Ada la certain batch je kut, coz ikut kata derang, ccd tu vendor yg buat bukan product Canon itself. Aku tak jamin la simtom camera korang sama dgn aku punya. Sendiri call, sendiri jumpa arr. Yang nyatanya, aku dapat upgrade dari A300 ke A520. Hohohoh.

So, tu je la nampak gayanya cerita² riak aku setakat ni. Ada la gi la, mintak² cam iklan teh tu arr Yang Baik Berterusan. La ni aku bz balik... Bz carik manual n review camera ekekeke. Mintak² la mood rajin menulis datang balik.

July 27, 2005

Akhirnyaaaaaa


Aku tak tau nak bermula dari mana sebenarnya. Pun aku tak tau sama aku patut memulakannya ataupun tidak. Tapi aku tau, aku kena jugak sebab semuanya perlu berakhir. Setiap kegembiraan, titik peluh usaha, perlu juga ada pengorbanan dan pengakhiran.

Mungkin ada yang akan cebik dengan *ek eleeee* tapi korang perlu tau, 'dia' adalah segalanya pada aku suatu ketika dulu. Sepertimana pesan kebanyakan orang, kita tak boleh hidup dengan kenangan... move forward. Gambar di atas akan hanya tinggal gambar dan tak mungkin akan berulang pada masa akan datang. Mungkin la kan, kalau aku dah kaya giler nanti aku akan carik balik tapi tatau la semuanya still in one piece. Well, without further ado...


UNTUK DIJUAL
PROTON PERSONA 1.8sei Aeroback (Manual - UK specs)
frontenginerear

- Export model
Yeap... kereta ni bukan untuk pasaran Malaysia sebenarnya, ianya dipasang di Malaysia untuk pasaran eksport ke Britain. Basically, casis & injin adalah purely Mitsubishi, cuma tukar logo je ke Proton. Untuk itu, ianya memenuhi standard piawaian eksport *senang citer, kereta Wira biasa korang pakai 2 tahun je dah start problem. Kereta ni atleast 4 tahun baru la start meragam sikit ari tu.

- Model 96 registered Dec 98
Kenapa berbeza? Kereta ni dipasang pada tahun 96 kemudian dieksport ke UK. Oleh kerana tak laku *ehemm..* tak laku yach, bukan recond mahupun second hand maka dihantar semula ke sini. Kiranya, stock show room la masa aku ambik. Tapi masa ambik tu show room dia kat port klang hehehhe. 1 batch je, tanya la orang lain yang ada Persona ni semuanya ambik kat show room yang sama.

- Well maintained (1 Owner)
Kalau kat geran ada dua nama, abah aku & aku. Tapi basically memang la kereta aku sebab aku yang jaga. Hehe, masa mula beli gaji tak cukup nak buat finance so guna la nama dia (lagipun aku nak kawin masa tu). Lepas aku dah ok sket, aku refinance guna nama aku & until now, kereta ni dah takde hutang bank.

- ABS & SRS
Amende ni? ABS - Auto-lock Braking system, SRS - Airbag. Korang takkan jumpa benda² ni pada model² Proton era b4 Gen-2. So, measure of security amat terjamin & masih berfungsi.

- Nice number WGR 363
Ni antara sebab aku cukup sayang nak jual. Sudah nak dapat no. ni and value dia tinggi tapi ahh.. kena gak jual sekali.

- JVC MP3 Player/six speakers
Mp3? Yaa korang tak memerlukan 6 CD changer untuk berhibur. 30 juzuk Al-Qur’an pun muat untuk 1 disc. Tak payah tukar² CD dah. Boleh main CD, CDR & juga CDR-W. 6 speaker tu 2 kat rear, 2 side & 2 front.

- Stabilizer bar
Yang kat gambar tetengah tu, bar warna kuning. Apa guna dia? Guna dia untuk stabilkan kereta masa cornering. Ala² tayar tak terangkat la kalau korang buat lap style Alonso.

- Original 14" proton alloy rims
Rim ni orang carik wooo. Cuma kereta export model je pakai rim ni. Pasal tu aku tak tukar² huhuhuhu.

- Newly original colour repainted
Aku baru je cat balik original color bulan sudah dan lepas tu, kereta aku jarang keluar porch. Kalau ada pun setakat panaskan injin dan pergi kedai 5km radius. Cat bukan sekadar cat, cat 2k, ketuk balik apa² yang kemek, simen balik, ratakan lapis² cat pastu baru la cat balik.

- Internally changed
Anda risau? Tak usah la kerana benda² internal wear & tear aku dah ganti. Penyakit kereta ni dia jangkit² tau. Memula aircond compressor, pastu radiator cooling, then waterpump, pastu belting & punchak kasehnya.. yeahhh alternator. Tapi semuanya aku dah ganti dengan original set as Denso, Bando & Mitsubishi. Alternator pun baru yach bukan recond. Resit? Adaaaa

- Tinted Glass
Hehehe yang ni pun aku dah buat. So takde la rasa kena bakar kalau sangkut tetengah jam ek.

Harga yang ditawarkan adalah
Market Value
Kenapa ko letak harga tu?
Actually susah nak cakap kerana memang susah la nak buat comparison dengan kereta proton yang lain kerana ada pelbagai justifikasi. Kalau nak kira prestasi, quality, stability, performance yang terdekat adalah Proton Putra. Tapi kan, kalau nak buat loan bank makanya bank ni dia auk sket coz dia akan ikut Proton Wira 1.8 DOHC. So, apape hal kita boleh bincang kalau berminat. Nak kenal panel bank yg boleh nego pun boleh.

Dah yo-yo oo sayang apsal ko nak jual?
Ekceli, cam aku cakap memula la kan... berat tapi terpaksa. Banyak lagi benda yang aku nak kena jaga selain dari kenangan dengan kereta ni. memang banyak sentimental value dan quality yang takde pada Proton lain tapi tu la, banyak perkara lain kena aku consider so, aku kena let go walaupun aku sayang.

Kalau aku tak beli tapi aku tolong ko carik buyer camne?
Ada bahagiannya jugak la kan.. kira komisyen la musti adaaaa. Tapi on close deal je ek. Takat carik²kan buyer gitu² jek.. blanje minum je la hehehe.

So itulah ceritanya. *tarik nafas.. lepasssssss* pehhh akhirnya.

Kepada sesiapa yang nak format fliyers dalam Words, nak tanya lebih lanjut
boleh email aku kat vadx7@hotmail.com atau call 019 3929219

May 06, 2005

Re Post : Selingkar Kasih

hehehhe.. mintak mahap.. siaran TV pun ada ulangan, takkan siaran blog takleh ye dak? Saje nak layan sentimentol masa² hari Ibu nih.
Mak dan Abah
Ayah Dan Ibu
Ayah dan ibu
Itulah permulaan kami
Dapatlah melihat bulan dan matahari
Ahai

Yang dikurniakan dari Ilahi.. ahai
Ayah dan ibu... Ayah dan ibulah
Mesti dihormati

Ayah dan ibu... Ayah dan ibu
Wali wali keramat
Pada mereka kita beri hormat
Bagilah tunjuk ajar dan nasihat
Supaya hidup
Supaya hidup kita akan selamat


Nyanyian Allayarham Sudirman / Muzik Latar dalam Pondok Buruk I & II
Untuk lebih syahdu, boleh carik di mana-mana site lagu ni.
Pesan Aruah Mak
Pesan Abah

Jangan suka pinjam barang orang lain. Kalau nak jugak, kumpul duit sendiri dan beli. Jangan amalkan hidup berhutang.

Cari duit sendiri dan jangan harapkan harta warisan. Mak dan Abah dulu berjimat cermat beli tanah, tanam sendiri dan ajak anak-anak ke kebun.


Sekiranya mempunyai anak, besarkan dan jaga dengan acuan sendiri tak kira anak sihat ataupun sakit. Jangan berharap kepada ibu bapa untuk menjaga buat sementara.


Walaupun Emak turut bekerja, jangan sesekali biarkan anak-anak membesar dengan 'memakan hasil air tangan orang lain'. Penat macam mana pun Mak, Mak tetap masak untuk kamu walaupun kita ada tiga orang gaji (masa tu la).

Jangan bergaduh sesama adik-beradik. Seburuk mana dia, sejahat mana dia, dia tetap abang/adik kamu, keluarga kamu. Jangan pentingkan kawan-kawan sehingga keluarga bercerai berai. Jaga adik-adik kamu sekali.

Kenal-kenallah saudara mara kamu. Kamu tu ramai saudara-mara, kalau tak dikenal, tak dilawati, tak ke mana kamu. Yang muda perlulah hormat yang tua.

Sebagai ketua keluarga, perlu bangun paling awal; masak air dan mandi. Selepas itu bangunkan anak isteri dan ajak solat Subuh berjemaah dan bekalkan ahli keluarga dengan sedikit tazkirah sebelum memulakan hari.

Tugas seorang Ayah dan suami adalah untuk mencari rezeki. Kadangkala kita mungkin terpesong, tapi ingatlah, kembalilah kepada asas keluarga kalau terjadi demikian.


Cakap isteri perlu didengar, nasihat dia perlu diambil kira. Tetapi keputusan tetap di tangan kamu. Jangan biarkan orang lain membuat keputusan bagi keluarga kamu.

Anak-anak adalah harta. Segala apa yang kamu lakukan pada mereka sekarang, begitu jugalah yang akan kamu terima satu hari kelak.

Atok kamu dulu takde tinggalkan harta atas nama Abah. Semua yang ada sekarang, Abah usaha sendiri dengan Mak kamu. Jangan harapkan orang lain carikkan apa-apa untuk kamu, usaha sendiri nanti hasilnya akan tetap kamu jaga.


Al-Fatihah untuk Hajjah Kamariah Abdul Manan...

April 27, 2005

Siapa Nemo?

Nemo kena tido luo rumah

Nemo ni kucing angkat keluarga aku. Aku jumpa Nemo kat surau rumah lama aku masa sebok² nak pindah ari tu. Masa tu Nemo kecik lagi, aku kira tak sampai sebulan pun umur dia. Mata pun bertaik lagi. Tak sapa tah yang kijam buang kucing tak hengat mau buang sama mak dia tah. Aku pun kutip la. Memang aku ada rasa nak bela kucing lepas pindah ni, lagipun Yaya ada la benda bernyawa yang dia boleh take care.

Meloncat-loncat Yaya suka bila aku bawak balik Nemo. Yang tak suka Nora je. Heheh, tapi majority rules sudahnya leh gak bela tapi Nemo takleh masuk rumah. Ai Ai Cip. Bekas kotak kipas aku jadikan tempat tido Nemo kat tepi kotak kasut. *tengkiu Tokin for advice* Tiga kali gak la train Nemo berak. Memula dia berak atas simen, aku siram. Kali kedua pun atas simen gak, aku siram lagi. Pastu baru pandai berak atas tanah yay! Aku just kutip & sodok masuk longkang pastu siram air. Orang kata taik kucing kalau dah bercampur air dah tak bau ek?

Makin lama Nemo makin adapt cam tuan dia. Loncat sana sini & sekarang dah pandai lak bertandang rumah jenjiran pastu kena jerit baru nak balik. Ada a few gak kucing liar yang Nemo buat kawan. Pastu dah pandai ajak kawan balik rumah share makanan & susu dia. Bila aku keluar, bertemparan lari kucing² tu & yang tinggal cuma muka toye Nemo protes ‘apsal halau kawan dia?’.

Er, nama Nemo tu Yaya yang bagi lepas seharian kompius nak kasi nama Timi ke Nemo *mau kurus anak aku hari tu sebab kompius*

Usahkan Tapir, Menate Beghuk (MB) tu pun tak sanggup nak duduk sini

mana daa tapir melintas?

Balik tu aku lalu lagi Puncak Alam. Memang teruk, ate dah warning tu pun buldozer² tu buat selamba je korek lagi. Apa punya teori la derang pakai. Menate Beghuk (MB) tu kata derang tak teroka kawasan Bukit Cherakah, cuma kawasan sempadan dia je *sipi-sipi je la* Korok dia, abis kalau sempadan je pun kawasan asal leh tak terjejas? Sungai bersih kalau dah mengalir kat kawasan tu leh tak kuning? Akai ada ka? Punya la panas kawasan tu, aku rasa cam nak cabut je signboard tapir melintas tu ganti dengan AWAS BULDOZER MELINTAS lagi baik. Tu la aku cakap, kalau Menate Beghuk (MB) tu dibogelkan & pacak dia sehari kat sini ikat kat tiang, baru dia rasa nak lari ke tanak.

sebelah ni nak buat kampus UiTM plak.. ada sapa nak satu kelas dengan tapir?Aku camne pun puji gak Menate Beghuk hok bawak lari duit ari tu. Korok² dia pun banyak ambik banyak bagi projek kat orang lain. Menate Beghuk yang tutuh adik ipo dia ari tu pun banyak gak bagi pembangunan. Menate Beghuk yang ni je tak sedo diri, dah la ko tu kira tuai hasil je atas penat orang len, jangan la plak ko gondol²kan semua hutan. Anak itik termakan cuka, akai ada ka? *sambil angkat² tangan stail Karam Singh Walia. Marah sunggoh aku.

Disclaimer : Kepada kengkawan dan pencacai Menate Beghuk tu kalau nak marah aku tu marah la, tapi jangan saman aku lak hahaha betul pe aku cakap. Kalau marah, anggap je la korang pun sesama Beghuk cam dia gak.

peh.. licin licin peh.. licin licin peh.. licin licin

Balik rumah di sambut dek Yaya dengan gumbira dan jugak kucing angkat aku, Nemo. Eh, sapa Nemo? hehehe. Abis la segala benda Yaya mengadu kat aku. Semalam takde selera makan la, sunyi tido dengan Mummy dia la siap apa xtvt jenjiran aku pun dia cerita. Yang best "Babah, tadi Mummy buatkan susu Nemo.. ye bahhh" siap memuncung-muncung mulut. Hahaha, dah pandai sayang Nemo nampakkkk.

Jalang Jalang Balik Kampong

Sabtu lepas, lepas je ambik Nora balik kerja *korok betul mentalliti org² nih.. apa takleh naik V6 pakai suo pendek sama baju Metallica apo?* & lepas kontraktor daveloper repair pakir aku yang dah berminggu-minggu delay, aku siap² kemas beg, pakai jeket semua nak balik Tg. Karang. Aji Saad kerahkan anak² lelaki dia balik tolong kemas rumah nak kenduri nanti.

Dalam keadaan Nora yang tak berapa sihat & takleh travel jejauh, aku tak nak la ambik risiko. So, aku balik sorang je la naik moto. Yaya dah merengek-rengek nak ikut, siap sarung jeket pakai topi semua. Dah tu, suruh Nora masukkan berus gigi dia dalam beg aku. “Aiseyy.. Yaya, Babah nak balik umah Atuk la ni. Kang Yaya tido atas moto kang mana boleh turn balik kat hiway tu nak carik.” Dia tak pedulik, dia nak ikut jugak aku.

Isk, dengan hati yang berat + mata nak berair aku kena la buat trick yang dah diperturunkan dari nenet moyang terdahulu. Salam Nora & pastu “Yaya nak ikut gi kemas baju dulu, Babah tunggu.” Elok je dia masuk rumah trusssss berdezup aku blah. Tak sampai ati, tapi nak wat camne. Keluar tol masuk highway & head lalu Elite. Pehh, nyaman gak cruise naik moto ni. Keluar tol masuk Bukit Jelutong & head terus lalu jalan Puncak Alam. Tinjau gak kut² ada tapir yang feymes tuh tapi yg ada buldozer jek. 1 jam 45 minit lepas tu sampai la Tg Karang, tu pun sempat sesat barat + sumpah seranah sebab Guthrie Corridoor tak mesra penunggang motor sungguh. Mementang la aku tak kena bayar tol, sukati mak pak tiri dia je tak buat signboard secukupnya.

Sampai rumah, whoaaaa Cikgu Saad dah siap cat rumah laaa. Dengan kata lain, dia dah ‘mensutunkan’ rumah aku. I likee yewww muahahahaha. Apa kelas laa cat rumah kaler pink, siap tiang² seri bagai cat kaler pink. Call Nora jap tanya pasal Yaya. Yaya kata aku tipu dia, alahai anak aku sorang nih. Petang tu tak buat apa, pusing² keliling rumah je coz Aji Saad gi bawak moto aku ronda keliling kampung. Rasa cam balik masa time² study jek.

rumah pink yeww mekasih abah kerana memahami hohoho

Malam as usual nak gi surau, Abah kata kat rumah Wak Leman ada ceramah Maulidurrasul. Aku mana la bawak baju melayu. So, mintak adik aku carikkan baju lelama Aji Saad. Hahaha, dulu aku rasa cam beso je badan Aji Saad nih sekarang baju dia pun aku dah muat. Ke aku yg beso? *gelak getik*
tak tergamak mak deknon

Muhahahaha, gelak laa gelak. Kalau ini la baju Aji Saad yang ada, tak naknya aku pakai biar la aku tak gi kenduri *terimejin Shay gelak gengguling kalau aku pakai baju nih amek gambar*. Duduk je la layan tv sambil sms Nora. Terasa cam tengah berchentar zezaman bujang dulu lak. Ye arr, dulu takde henpon jenis pakai surat je. Pastu Dodi balik bawak sup ketam aka szechuan soup yang shedaps yammats beli kat Kuala Selangor yay!

Pas Isyak, cam ngantuk & terus la tido. Tapi golek sana, golek sini payah nak lelap. Uwaa, bantal golek takde patut la takleh lelap. Call Yaya jap *jap ke hapa dekat 15 minit* baru la tido. Tu pun tak berapa kali guling² baru leh lelap. Yaya kalau aku takde susah nak tido, kalau takde Nora dia tak kisah sangat (ke aku yg takleh tido takde dia?)

Sakit Pinggang Woo

Pepagi kalau kat rumah ni automaticnya aku dah bangun lepas dengan Aji Saad berdehem hahaha. Kronik tul, kalau kat tempat lain aku leh liat bangun tapi kalau kat rumah ni phobia tul aku kalau dengar sora Aji Saad. terus terbangun gi toilet amek air sembahyang. Pas Subuh Aji Saad sambung mengaji, aku dah terkebil-kebil takleh sambung tido. Bosan lak dengar Aji Saad kejut Dodi 18 kali tak bebangun gak. Capai kunci keta & carik nasi lemak peberet.

Aku ingat dah 20 taun aku jadi pelanggan tetap makcik nih. Nasi lemak dia simple, lauk sambal udang buang kulit, bilis halus & kangkung. Jual harga 50 sen. Apa daa makcik, jual singgit pun saya beli aaa. Anak² dia dah kata berjaya dah semua cuma makcik ni je saje suka² jual nasi lemak. Kenal lagi dia kat aku heheh *paiseyy enpon lupa bawak lak, idak leh aku tunjuk camne bestnya warung dia kat tepi sawah* Lepas makan 2 bungkus, siap bawka balik bantai lagi sebungkus hahaha.

Dah sarap, baca paper & terus la start buat kerja. Aku, Dodi & Aben adik aku yg bongsu. Dekat tengahari la baru nak abis. asi clear bilik nak jadi bilik pengantin pasal nak masuk perabot baru & kemaskan belakang rumah coz nanti orang nak duduk² merewang kat situ. Bukan merewang cam bebudak Rempit tu la. Ni rewang tolong kenduri. Tah hape² tah barang Aji Saad sama Dodi ada belakang rumah tu. Dengan dashboard keta la, bumper, tong² minyak segala. Korang punya barang akuuu gak nak kena kemas.

Lepas habis, aku mandi & sesiap nak balik. Tunggu pun bukan ada makan tengahari. Ooo lupa, mak inche takde. Dia kat rumah dia. Tah, jangan tanya aku apsal dia tak ikut Aji Saad. Tatau kontrek dia kawen camne, masalah orang tua aku tak campur heheh.

Nak balik jumpa Chegu Kamariah dulu. Rumah tepi sungai camni la, naik lalang² lepas air pasang. Bersih² kan sket & borak sama Chegu Kamariah. Banyak gak benda aku borakkan lepas sedekahkan yassin & tahlil. ‘Mak, orang balik dulu ekk. Kang nenanti orang balik lagi orang jenguk aa mak’.

sini laa rumah Chegu Kamariah sekarang

April 04, 2005

Jalang Jalang Carik Ikang

bukti moto bomba aku dah sampai BL aaaa
Sabtu lepas, subuh-subuh syafie lagi aku dah panaskan injin motor. Hari ni saudara-mara Nora dari Mersing nak datang, ada kenduri kawin saudara di Pulapol, KL. Meninggalkan Nora & Yaya yang sedang syiok tido, aku meredah kesejukan pagi dengan niat untuk mencari ikan segar di Bagan lalang.

Humang! Gilo apo poie sano popagi? Er, takde la gila sangat. Kat pasar Semenyih, yang lebih kurang 20km dari rumah aku memang ada pasar tapi untuk sayur² kampung, ulam-ulam hutan memang segar tapi aku nak carik ikan, for sure tepi laut lagi segar, ye dak?

Jadi aku terus masuk tol dan keluar ke exit Nilai di Bandar Baru Nilai. Terus sket ke depan dah ada simpang ke KLIA dan Sepang. Isk, mana satu nak tuju ni. Tawakkal je la terus menghala ke Sepang dan bertanya pada pakcik yang sedang menikmati sarapan roti canai dengan jayanya. Sah, route yang aku lalu ni paling hampir untuk ke Sepang, lega.

Terus lagi ke depan sehingga sampai ke pekan Salak Tinggi. Di sini terasa sangat kapal terbang berlegar² dengan agak rendah cam Sg. Buloh zaman dolu². Depan skettt je dah sampai simpang ampat yang cukup familiar. Yay! Aku dah sampai ke persimpangan F1 KLIA, quarters KLIA seperti yang pernah di mention oleh Waiem di sini. Dekat je rupanya dari rumah aku kalau nak ke litar F1waima ke KLIA *jimat duit tol* huhuhu.

Seterusnya, aku tak menghadapi masalah kerana jalan ni dah biasa lalu untuk ke Bagan Lalang dahulu. Cuma tiba² je hujan renyai². Ah tak kisah la, sexited punya pasal hehehe. Tak lama lepas tu tiba di simpang tiga pekan Sepang dan seterusnya ke pekan Sungai Pelek. Yay! Sempat singgah tepi jalan cucuh rokok sambil borak dengan sorang apek tepi jalan tuh.
x - Apek aaa, sini pasar mana ada?
y - Sinni aa, itu dalam pikan Sungai Pilek ada laa, sana dalam
x - Ooo, ittew macam aaa.
x - Apek aa, tanya lagi. Sini punya pasar sama ittew Bagan Lalang punya tempat juei ikan mana lagi murah?
y - Ittew Bagan aaa *pause kijap* murah tada murah laaa, tappi aaa dia punye ikkan ada fresh juga ooo, sama saja la.
x - Ooo, ittew macham aa. Ta pa, saya pegi sana tengok dulu, emkoi aaa Apek

So aku terus la menuju ke Bagan Lalang dalam renyai² pagi. Nampak la rumah lawa² tepi tasik idaman waiem, kedai kayu jati gilaan sempoii serta chalet yang menjadi tempat golek-golekan ck, ijin & tokin dedulu. Dan akhirnya, sampai la ke tempat jualan ikan segar pojaan ijip dan juga semwa orang. Yay! lagi sekalik.

Baru jam 8 pagi. Ok la, bawak moto tetengah ujan slow². Lepak jap tepi laut & terus tuju tempat jualan ikan segar. Segar tak segar gak la, ikan semalam coz ikan baru akan naik pukul 12.30 kang. Ada kawan yang menyatakan ikan di sini agak mahal kerana pembeli sebenar adalah pengunjung² chalet yang akan membuat BBQ sendiri. Tapi ramai jugak orang kampung yang carik ikan di sini, mungkin ada anak² nak balik makan tengahari nanti.

Harga dia ok la, murah la skett dari kebanyakan pasar lain tapi yang nyatanya, ikan masih lagi belum dibekukan dengan ais. Maknanya, ikan adalah baru naik dan belum ‘tidur, keras & cair bersama air ais’. Isk, payah nak terangkan, korang picit ikan korang tau la.

Aku beli udang, sotong besar, ketam, ikan talang dan sempat ushar siput pepahat. Mahey lak, 20 hengget sebungkus ie satu kg. ‘Len kali la bang saya datang beli ek’. On the way balik, singgah pasar Sg Pelek & beli lala, kepah, ikan kembung serta sayur-sayuran. Ringkasnya, ikan-ikan eksotik ada di Bagan Lalang dan sesiput banyak di Sg. Pelek. Jarak pun tak jauh, 4km je antara dua tu.

Dengan hati yang puas dan berbunga keriangan aku pun balik. Masih awal, baru 9.30 pagi. Sarapan roti canai kejap kat kedai & pastu balik. Belum pun pukul 10, semua tak bangun lagi termasuk la Nemo. Puas hati aku hehehhe. Tapi nak jadikan xtvt mingguan takde la, mungkin sekali-sekala kalau ada kedatangan tetamu di rumah. Jadi ringkasnya :
BSP - Bandar Baru Nilai 10km
Bandar Baru Nilai - Salak Tinggi 10km
Salak Tinggi - Sepang 10km
Sepang - Sg. Pelek 10 km
Sg Pelek - Bagan Lalang 5km

So, jadi 45km & pergi balik 90km. Tak jauh mana la kalau nak pergi makan ikan bakar hohoho. Minyak moto tak sampai 5 hengget pun. Yak yak yea!

paiseyy.. bukan aku tammo amek gegambar.. tapi malas nak bawak kemre *kang org ingat aku tourist kang.. org charge aku ikan mahal hehehe* lenkali ekkkkk

Bye Bye 30-6-3


pintu masuk ke 30-6-3

30-6-3, Desa Tasik, Bandar Tasik Selatan, 57000 Kuala Lumpur adalah alamat rumah sewa aku. Sejak dari Disember 1999 aku dah duduk dekat sini dengan kadar sewa RM500, korang kira la berapa banyak aku dah menyumbang pada landlord.

Masa bujang pun aku duduk area² sini gak. Kawasan ni best, tahun 2000 still consider kawasan baru lagi. Kedai makan pun susah nak carik. Sekarang, ada LRT, Komuter & ERL. Jalan masuk pun banyak direct dari PLUS, KESAS & MRR2 selain BESRAYA. Makan usah cakap la, nak sahur pun ada kedai tomyam bukak lagi.

Kejiranan pun ok, kalau rajin pergi surau & bercampur gaul dengan masyarakat maka banyak la kawan. Atleast boleh la belajar pasal Akhirat & hal² kemasyarakatan. Tapi sampai sekarang, aku masih lagi ‘budak jahat‘ surau Asy Syakirin hehehe. Duduk menyembang isap rokok kat luar sampai Imam dah nak angkat Takbir.
main-main sabun ate lebih duduknye
31 Mac adalah tarikh akhir untuk aku serah kunci pada landlord. Masa basuh rumah buat kali terakhir, sempat la mengimbau nostalgia bersama Nora. Susah senang lepas kawin, rumah yang takde perabot, kelahiran Yaya sehinggalah berapa kali Aji Saad pernah tidur kat sini.

Bagaimana sedih pun untuk meninggalkan kawan-kawan lama, hidup perlu diteruskan demi masa depan yang lebih sempurna. Gembira? Ya memang aku gembira. Cuma aku harapkan, kawan-kawan di sini tidak melupakan aku sekiranya ada kenduri-kendara ataupun sebarang majlis yang akan diadakan. Bye-bye rumah tetinggi!

Oh ya, 30-6-3 dan WGR 363 adalah secara kebetulan, tak dirancang. :=)

April 01, 2005

Syed Mokhtar Al Bukhary

Ada orang forward kat aku. Artikel yang menarik untuk dibaca dan direnungi .
Aku cuba carik gambar dia kat internet tapi ni je yang jumpa. Apa-apapun, moga ada yang ambik iktibar.
Latar belakang Syed Mokhtar
Umur 53 tahun
Pendidikan SPM
Mula berniaga 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)
Kekayaan RM1,425 juta
Ke 7 terkaya di Malaysia
Ke 32 terkaya di Asia Tenggara (Forbes)
Antara syarikat miliknya MMC, Pelabuhan Tg. Pelepas, BERNAS, Gardenia, DRB-HICOM dan Bank Muammalat
Kereta Proton Perdana

Petikan kata-kata Y. Bhg Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

Sumbangan sosial
Yayasan Al-Bukhary, institusi pengajian untuk 3,000 pelajar, Muzium Kesenian Islam, Kompleks Al-Bukhary, menaja kelas tuisyen untuk pelajar Melayu, pengindahan Masjid Negara, sumbangan RM1 juta untuk Tabung Tsunami dan menaja setiap tahun penghantaran rakyat Malaysia yang tak mampu untuk tunaikan haji.


Bagaimana sumbangan sosialnya bermula?
Bila mana ibunya menyuruh memberikan sebahagian elaun (RM750.00) pertamanya sebagai pengarah syarikat beras kepada jiran yang susah. Sebahagian lagi (RM750.00) ibunya simpan. Selain itu, ibunya juga menyuruh beliau menghantar lampu kerosen ke surau-surau untuk menerangi kegiatan sepanjang malam bulan Ramadhan. Dari situ bermulalah pembentukan peribadi dan pemikiran Syed Mokhtar yang kita kenali hari ini.

1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarakatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan.

2. (berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.

3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.

4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.

5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.

6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.

7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.

8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.

9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.

10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo, New York dan London. Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana?

11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa di atas, ada masa di bawah.

12. Ketika Allah memberika kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.

13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah .

14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.

15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia-sia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa !

16. Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan ummah. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak.

17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.

18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.

19. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.

20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukakan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.

21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.

22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu. Di kampung orang Melayu berpecah kerana politik, di bandar berpecah kerana ini (wang).

23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.

24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka hanyut daripada menolong orang lain. Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.

25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi mesti tahu bagaimana hendak meminjam dan membayarnya semula. Ada cara boleh kita buat.

Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab. Banyak orang mahu senang tapi tidak ramai yang mahu bertanggungjawab.

26. (perasaan setiap kali mendapat rezeki) . Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus dari tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan.

27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.

28. Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain boleh berkongsi sama.

29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan.

30. ......kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal. Saya manusia yang banyak buat kesilapan. Tetapi saya insaf, beristighfar dan jalan lagi. Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.

31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.

32. Kekayaan ini tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang lain pula. Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain.

33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju.

34. Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh tapi kena cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit balik. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.

35. Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.

36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.

37. Tiada sebab orang kenapa Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju. Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.

38. Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan disebabkan oleh bangsa kita dan agama kita. Ia berkait dengan sikap dan cara kita berfikir. Gigih, tekun dan tidak mudah putus asa merupakan kunci kejayaan kita. Tapi perkara ini kurang wujud dalam cara orang Melayu berfikir.

39. Tuhan memberi peluang kepada siapa saja yang bekerja kuat. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.

40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar. Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.

41. Orang Melayu sebenarnya kena membantu diri sendiri, kena bekerja keras dan fokus.

42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.

43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.

44. Saya sendiri berhutang sambil berniaga dan buat sumbangan amal jariah. Saya tak mahu tunggu hutang habis baru hendak buat semua ini. Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya buat.

45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.

46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit daripada tidak buat langsung.

47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.

48. Saya gembira dapat membantu. Saya mahu orang lain merasai (kesenangan) apa yang saya pernah rasa. Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.

49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi. Saya rasa kita terlalu banyak ketinggalan.